Selasa, 05 April 2016

Aliran Wahabi

WAHABIYAH

1       Apakah pengertian golongan Wahabi?
Golongan Wahabi adalah satu aliran yang diasaskan oleh Muhammad Abd Wahhab pada kurun yang ke-12 hijrah di Najd Jazirah Arabiyyah.
Fahaman ini dikenali juga sebagai Aliran Kaum Muda di Malaya dan Indonesia pada tahun 30an, 40an dan 50an.Aliran ini dinisbahkan kepada bapa beliau yang merupakan seorang dari Ulama’ mazhab Hambali. Telah menjadi adat Kaum Arab menisbahkan sesuatu itu kepada bapa ,datuk dan keatas.Seperti Mazhab Syafi’e adalah aliran Mazhab yang dinisbahkan kepada moyangnya ,sedangkan nama pengasas yang sebenar adalah Muhammad bin Idris.Begitulah adat kaum Arab dalam menisbahkan sesuatu.Walaupun begitu mereka yang berpegang dengan aliran ini tidak selesa dengan gelaran Wahhabi sebaliknya mendakwa mereka dari golongan Kaum Salaf atau kaum Ahli Sunnah .
Kenapakah begitu?Ini kerana istilah Wahhabi pada hari ini mula diketahui ramai akan kesesatannya dalam Aqidah dah cabang yang lain.
Oleh kerana itu harus berhati-hati dengan kaum ini kerana mereka terkadang mempergunakan nama Ahli Sunnah, Salaf dan pelbagai istilah yang baik-baik untuk mengaburi orang awam dari mencium kesesatan pegangan golongan ini.
2.   Apakah diantara ajaran wahhabi yang bertentangan dengan aqidah ahli sunnah wa al-jama’ah?
Ramai orang merasakan golongan ini hanya pembawa bid’ah dalam masaalah-masaalah furu’(cabang) semata-mata sedangkan sebenarnya golongan ini membawa sebesar-besar bid’ah dalam masaalah aqidah !!
Oleh kerana itu ramai dari kalangan mereka yang berwajib, para ulama’ , para pendakwah merasakan perkara ini tidak ada keutamaan untuk ditangani
dengansungguh-sungguh. Diantara ajaran golongan ini yang bertentangan dengan aqidah ahli sunnah wa al-jamaah ialah menolak dan merendah-rendahkan pengajian sifat 20 .Sebaliknya mereka membawa kaedah tauhid yang baru yaitu :
pembahagian tauhid yang tiga .Defenasi tauhid tiga di sisi aliran wahhabi:
1.     Tauhid Rububiyyah.
     Tauhid bagi mereka yang menyembah berhala.Kununnya mereka menyembah berhala untuk mendekatkan diri kepada Allah.Sementara berhala merupakan pengantara antara hamba dan Tuhannya.
2.     Tauhid Uluhiyyah.
     Tauhid bagi mereka yang beribadah hanya kepada Allah semata-mata dengan tiada sebarang perantara makhluk.
3.     Tauhid Asma wa Sifat.
     Beriman dengan ayat-ayat mutasybihat secara zahirnya.Seperti dikatakan Allah itu bersemayam di atas Arasy dan lain-lain lagi.Bagaimana mungkin Tauhid itu terbahagi kepada tiga?

Sedangkan Tauhid itu hanya satu iaitu mengesakan Allah dan tidak sama sekali membeda-bedakan Tauhid seperti Tauhid yang tiga ini.
Dengan menerima konsep tauhid rububiyyah dan uluhiyyah mengikut pentafsiran seperti ini maka banyak amalan-amalan yang diperakui baik menjadi sesat dan membawa syirik kepada pelakunya.Seperti amalan Maulid Nabi,marhaban,berdiri sewaktu salawat,tabarruk(ambil berkat),tawassul(berwasilah) ,ziarah makam Nabi-nabi, Rasul-rasul,Auliya’dan salihin.
Sementara tauhid asma wa sifat pula membawa implikasi menjisimkan(visual) dan mentasbihkan(menyamakan) zat Allah s.a.w dengan mahkluk. Seperti menyifatkan Allah dengan tempat dan angguta(jarihah).
Ini adalah aqidah kaum Musyabbihah Mujassimah yang wujud pada kurun yang ke-4 hijrah dan dikembangkan semula oleh Ibnu Taimiyyah pada kurun ke-7 hijrah dan seterusnya dikembangkan pula oleh Muhammad Abd Wahhab pada kurun ke-12 hijrah.

3.     Adakah kita boleh mengikut sebahagian daripada ajaran/amalan wahhabi atau kita diminta meninggalkan keseluruhan ajaran tersebut?
     Pada saya penjelasan tentang Aqidah dan amalan agama telah jelas dan nyata seperti matahari disiang hari.Para Ulama’ telah meninggalkan penjelasan agama dengan sejelas-jelasnya dalam seluruh bidangnya didalam kitab-kitab yang sampai kepada kita.Kalau begitu tiada keperluan lagi merujuk kepada saranan dan amalan aliran Wahhabi , kerana telah dibuktikan dalam banyak hal dimana mereka telah menyelewengkan pengertian ayat-ayat al-Quran , Hadith dan pandangan para Alim Ulama’ silam.Bahkan telah dibuktikan mereka melakukan pemalsuan terhadap kitab-kitab Ulama’ silam dengan tujuan supaya dapat mengelirukan umat islam dan mengikut telunjuk mereka.
Berkemungkinan terdapat juga amalan-amalan mereka yang betul, akan tetapi kalaulah kebenaran sudah bercampur baur dengan kebatilan, akan menjadi kesusahan pada orang awam untuk menentukan yang mana satu betul dan salah!! Mungkin perkara benar dikatakan salah dan yang salah dikatakan benar dan diamalkan sehingga ke akhir hayat. Maka ini akan mengundang kita kepada kemurkaan Allah di dunia sehingga Akhirat.
Oleh itu jauhilah ajaran ini dan berpeganglah dengan amalan-amalan yang disepakati Ulama’, insyaallah selamat dunia akhirat.
4.     Apakah akibat yang akan kita dan masyarakat dapat jika mengamalkan ajaran-ajaran Wahhabi dari segi aqidah , ibadah dan sosial?
     Akibat dari sudut aqidah pastinya sangat bahaya , kerana bila tergelincir sesaorang Muslim dalam aqidah akan membawa kegelinciran dalam soal-soal yang lain. Selain itu konsep Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah disisi Kaum Wahhabi membawa implikasi kepada syiriknya amalan Maulid Nabi,bacaan barzanji,berdiri ketika selawat Nabi,marhaban,memuji-muji Nabi s.a.w, menziarahi kubur Nabi s.a.w, amalan tabarruk(ambil berkat) dan lain-lain lagi. Dari sudut ibadah pula banyak amalan-amalan baik yang tergolong didalam bid’ah hasanah di anggap sebagai buruk dan seterusnya masyarakat mula meninggalkannya.
Contohnya amalan membaca Yasin dimalam jumaat adalah merupakan amalan yang baik.Sekurang-sekurangnya kita ada membaca al-Quran dalam seminggu. Ini adalah implikasi dari penta’rifan bid’ah yang telah disalah ertikan oleh golongan Wahhabi ,dimana mereka mengatakan pengertian bid’ah itu segala amalan yang Nabi s.a.w tidak lakukan sewaktu hayatnya.Sedangkan kita jumhur Ulama menta’rifkan dengan segala amalan yang baru yang hanya bertentangan dengan al-Quran,al-Sunnah,al-Ijma’ dan Qias sahaja dikatakan sebagai bid’ah yang dhalalah(sesat) dan dilarang untuk diamalkan. Sementara amalan-amalan yang ada sandaran dari dalil-dalil samaada dari nas-nas yang bersifat khusus atau umum adalah dianjurkan untuk diamalkan selama mana tidak terdapat nas-nas yang melarang amalan tersebut. Dari sudut sosial pula dengan munculnya golongan ini akan menimbulkan perpecahan, perbalahan didalam masyarakat dan perpecahan itu sangat dilarang didalam agama.Yang lebih membimbangkan fahaman golongan sudah menjadi kenyataan telah mendorong para pengikutnya kepada Islam militant.
Jauhilah golongan ini demi keselamatan aqidah ,ibadah dan keharmonian dalam bermasyarakat.
5.     Bagaimanakah kedudukan pengikut Wahhabi dari segi pandangan Islam, samada mereka termasuk dalam golongan musyrik atau sebagainya?
     Didalam aqidah Ahli Sunnah wa al-Jamaah kita diajarkan supaya bersikap tidak membudayakan sikap kafir menkafir.Walaupun telah jelas para Alim Ulama menggolongkan mereka sebagai golongan yang sesat , namun tidak mengkafir mereka.Ramai dari kalangan Ulama’ yang menggolongkan mereka sebagai ahli bid’ah.Namun Rasullullah s.a.w. menegaskan didalam hadithnya betapa golongan sesat itu dijanjikan Neraka dan menjanjikan Syurga kepada golongan Ahli Sunnah wa-al-Jamaah.
Terkadang golongan ini mendabik dada mengaku sebagai Ahli Sunnah sedangkan hakikat yang sebenar adalah pembohongan yang nyata.Telah terbukti aliran ini bertentangan dengan pengajian Ahli Sunnah wa al-Jamaah.
Kita menyarankan kepada para pengikut golongan ini agar bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.
6.     Bagaimana hubungan kita dari segi perkahwinan dan hubungan-hubungan yang lain termasuk sama ada mereka boleh mejadi Imam , penerima zakat dan sebagainya?
     Selama mana kita tidak mengkafirkan golongan ini ,maka mereka maseh dikategorikan sebagai saudara sesama muslim yang lain.
Walaupun begitu adalah tidak wajar mempertemukan perkahwinan dengan golongan ini kerana berkemungkinan akan membawa perbalahan didalam rumah tangga.Sementara dari sudut menjadi Imamah didalam solat adalah digalakkan kita berimam dengan Imam yang betul aqidah dan amalan.Walaupun begitu sekiranya kita terpaksa berimamkan imam dari golongan ini , para Ulama’ mengatakan sah walaupun dianggap makruh.Sementara sebagai penerima zakat ,saya berpandangan hulurkanlah zakat kepada mereka yang bukan tergolong dari kalangan ahli bid’ah.
7.     Adakah golongan Wahhabiyyah dari kalangan SALAF ?
     Mereka yang mendakwa sebagai golongan salaf masa kini sebenarnya membawa aqidah yang bertentangan dari aqidah Ahli Sunnah Wa al Jama’ah yang tulin.Ramai para Ulama tidak menyadari hakikat kesalahan aqidah yang sedang dipromosi oleh golongan ini.Mereka bergerak dengan menimbulkan isu-isu khilafiyyah seperti qunut, tahlil arwah, yasin malam jumaat, sah batal wudhu, dan lain-lain. Setelah para pendengar dirasakan boleh menerima perkara-perkara yang lebih berat barulah mereka mengorak langkah untuk agenda selanjutnya.
Aqidah yang dipromosi oleh golongan ini adalah aqidah “Tashbih dan Tajsim”(menyerupakan / menjisimkan zat Allah).Ini terbukti bila kita meniliti seluruh penulisan golongan ini dalam pelbagai bahasa. Bagi kita yang berbahasa Melayu dapat membuktikan kesesatan golongan ini melalui penulisan mereka di maqalah-maqalah, laman-laman web, majalah-majalah, diskusi, kertas kerja dan pelbagai sumber.
Adakah begitu rupa pegangan salaf dalam memahami ayat-ayat mutasyabihat? Tidak sama sekali.Bahkan dua mazhab yang masyhur di sisi Ulama’ dalam memahami mutasyabihat, mereka (salaf dan khalaf) melakukan “tafwidh dan “takwil”.Dikalangan para sahabat yang secara jelas mengamalkan takwil seperti Saidina ‘Abbas , Ibnu Mas’ud, Saidina Ali r.a., Hassan al-Basri ,Imam Malik ,Imam al-Auza’i , Qatadah, al-Thauri , Mujahid ,Ikrimah dan lain-lain yang tersebut banyak nas-nas mereka di dalam Kitab-Kitab Tafsir.Mereka adalah dari golongan yang mendominasi Aqidah Ibnu Taimiyyah al-Harrani.Kalau begitu jelas mereka ini adalah bukan dari golongan yang beraqidah seperti orang Salaf.
8.     Apakah dia golongan salafiah moden ?
     Golongan ini adalah golongan Wahabiyyah yang diberikan penjenamaan semula selepas istilah Wahhabiyyah memberi respon yang ‘salbi’ negatif.Dahulunya lebih dikenali dengan faham Kaum Muda di Malaysia atau Muhamadiyyah di IndonesiaTentang Kaum muda ada terdapat ulasan dari kitab Fatwa Mufti Kerajaan Negeri Johor .
Beliau adalah al-Allamah Dato’ Sayyid Alawi bin Tahir al-Haddad , begini kenyataannya:
Yang dikatakan Kaum Muda pada pertuturan orang-orang zaman ini ialah satu kumpulan orang yang tiada cukup mengerti dan faham tentang agama Islam, mereka bersungguh-sungguh hendak menghampir dan menyatukan agama Islam kepada agama yang lain. Apa jua perkara yang terbit daripada agama Kristian dan Majusi mana yang dipandang molek dan elok pada zahirnya berkehendak mereka memalingkan hukum-hukum Islam kepadanya seperti berkata setenganh mereka itu , babi itu satu binatang yang suci…..
Ada juga yang mengunakan Istilah Faham Sunnah, Manhaj Sunnah, Ittiba’ Sunnah, Ansar Sunnah dan berbagai-bagai lagi.
9.     Pandangan Para Ulama’ terhadap Gerakkan Salafiyyah al Wahhabiyyah.
     Gerakkan ini diasaskan oleh Muhammad Abd Wahhab pada kurun yg ke 12 hijrah di Najd, Jazirah Arabiyyah.Disebutkan oleh Ibn Humaid, Mufti Hanabilah di Makkah, bahawa fahaman Muhammad Abd Wahhab menyebarkan kesesatan ke serata alam.Menjadikan Ibnu Taymiyyah dan Ibnu Qayyim sebagai idola dalam memahami aqidah, syari’ah dan akhlak.Golongan yang menentang amalan Taqlid dan ijma’ Ulama’.
Faham yang membawa trend ‘Takfir’, Tabdi’, Tafsiq , Syirik, sesat, bid’ah dan lain-lain lagi.Siapa juga yang bercanggah dengan kaum ini pastinya akan mendapat berbagai gelaran yang begitu mudah terpacul dari mulut mereka.Selain itu mereka yang bercanggah pendapat dengan mereka, bukan sekadar mereka ini dianggap sesat dan syirik bahkan mereka mengharuskan untuk ditumpahkan darahnya.Bahkan Ibnu ‘Abidin menggolongkan mereka sebagai Khawarij zaman ini.


     Dr Saed Ramadhan al Buthy menyatakan dalam satu ruangan bahawa fahaman Wahhabiyyah adalah fahaman yang di rencana oleh Yahudi British untuk memporak perandakan kesatuan Umat Islam.

Sheikh Zaki Ibrahim [dalam kitabnya al Salafiah Mu’asarah ila aina? Man hum Ahlussusah Waljamah?] menyatakan dengan jelas golongan Wahhabiyyah adalah fahaman yang bertopengkan Faham Salaf.
Sedangkan mereka sebenarnya hanya mempropaganda nama salaf untuk menyakinkan ummah agar menyokong gerakkan ini bahkan beliau menyatakan dengan berani golongan ini sebenarnya adalah anak cucu cicit Khawarij.Di dalam kitab Senjata Syari’at yang telah di tashih oleh tiga orang tokoh besar seperti Sheikh Abdullah Fahim, Hj Ahmad Tuan Husin Pokok Sena dan Hj Abdullah Abd Rahman Merbuk Kedah ada menyatakan tentang kitab Zaad al Maad karangan Ibnu Qayyim al Jauzi sebagai kitab yang terkeluar dari aliran Ahlu Sunnah wa al Jama’ah. kerana ia sebagai penyebar aliran Ibnu Taimiyyah.
Muhammad bin Abd al-Wahhāb (1115 - 1206 H/1701 - 1793 M) adalah seorang ahli teologi agama Islam dan seorang tokoh pemimpin gerakan keagamaan yang pernah menjabat sebagai mufti Daulah Su'udiyyah yang kemudian berubah menjadi Kerajaan Arab Saudi.
Para pendukung pergerakan ini sering disebut Wahabbi, namun mereka lebih memilih untuk menyebut diri mereka sebagai Salafis atau Muwahhidun yang berarti "satu Tuhan"
Mayoritas kaum muslimin di Indonesia selau sinis bahkan berfikir jelek ketika disebut nama wahabi. Memang image ini sengaja disebarkan oleh orang-orang komunis, pengikut partai ba’ats, pengikut pemahaman (Jamal Abdul Nasir) orang-orang Syi’ah, orang-orang Sufi dan ahli bid’ah, yang mereka sebarkan dilingkungan masyarakat untuk menghalangi manusia dari sunnah Rasulullah.
Allah berfirman didalam Al-Qur’an yang Mulia (yang artinya) :
“Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.” (Ibrahim : 24-26)
Dalam ayat-ayat yang mulia ini terdapat kabar gembira dari Allah , yaitu barangsiapa yang beramal karena Allah , maka Allah akan mengokohkan, menumbuhkan dan memberkahinya, dan barangsiapa beramal bukan karena Allah maka ia tidak akan tetap tegak sedikitpun. Allah akan memusnahkannya dan hal ini nyata dalam kehidupan sebagaimana Allah menegaskannya.
Jika kita melihat diutusnya Nabi kita Muhammad dan melihat perbuatan (jahat) orang-orang kafir serta musuh-musuh Islam kepada Nabi kita Muhammad , kita akan menyaksikan akibat baik itu adalah bagi orang bertakwa, dan demikianlah sesudah Nabi kita Muhammad hingga zaman kita ini yang dianggap sebagai zaman fitnah dengan segala bentuknya yang tidak mengetahui banyaknya fitnah itu melainkan Allah .
Pada zaman ini, zaman yang tersebar kesyirikan dan hal-hal jelek dalam diri kaum muslimin, terdapat kebangkitan Mubarakah, yang mana keutamaan dan karunia ini dari Allah semata. Dia-lah yang memberkahi, menumbuhkan dan menunjuki jalannya.
Lalu musuh-musuh Islam bermaksud menjauhkan manusia dari kebangkitan yang diberkahi ini dengan memberikan bermacam-macam julukan untuk memalingkan kaum muslimin dari kebangkitan dan kesadaran yang diberkahi.
Dalam (kesempatan) ini, kami berbicara -Insya Allah- tentang satu julukan saja, walaupun (Alhamdulillah) banyak saudara-saudara kita tidak mengetahui tentang hal ini. Akan tetapi ini termasuk dari (pelaksanaan) bab : “Hendaknya seorang yang tahu menyampaikan kepada orang yang tidak tahu”. Karena sesungguhnya Nabi bersabda :
“Hendaknya orang yang hadir menyampaikan kepada orang yang tidak hadir”.
Dan beliau bersabda :“Semoga Allah memperindah orang yang mendengar perkataanku, lalu menghafal dan menyampaikannya”.
Memahami julukan buruk yang disebarkan oleh orang-orang komunis, pengikut partai ba’ats, pengikut pemahaman (Jamal Abdul Nasir) orang-orang Syi’ah, orang-orang Sufi dan ahli bid’ah, yang mereka sebarkan dilingkungan masyarakat untuk menghalangi manusia dari sunnah Rasulullah , kata-kata tersebut adalah “Wahabiyyah”, orang-orang yang berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah , mereka menjauhkan manusia dan memberikan julukan buruk agar manusia lari darinya.
Perlu diketahui, bahwasannya Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab adalah termasuk ulama yang hidup pada abad ke-12 Hijriyah, beliau seorang ulama yang bisa benar dan bisa salah, kalaulah kita orang-orang yang berbuat “Taklid” (mengikuti tanpa dasar) tentulah kita akan “Taklid” kepada ulama Yaman yaitu Muhammad bin Ismail Al-Amiir Ash-Shan’ani -beliau hidup sezaman dengan syaikh Muhammad bin Abdul Wahab-, dan beliau lebih alim daripada syaikh Muhammad bin Abdul Wahab, akan tetapi syaikh Muhammad bin Abdul Wahab dakwahnya diberi kekuatan oleh Allah dengan kekuasaan hingga tersebarlah ilmu beliau. Adapun Muhammad bin Ismail Al-Amiir karya beliau (karangan-karangannya) memenuhi dunia, kaum muslimin mendapat manfaat dari kitab-kitabnya, orang-orang Yaman “Membenci Beliau” dan mereka berkehendak mengusirnya dari negeri Shan’a (Yaman).
Itulah kata (Wahabiyyah) yang dengannya manusia dijauhkan dan dihalangi dari sunnah Rasulullah , maka wajib bagi kalian untuk berhati-hati dan melihat apa maknanya.Kata (Wahabiyyah) dinisbatkan kepada seorang ulama bukan dinisbatkan kepada “Mark” dan bukan pula dinisbatkan kepada “Lenin” dan bukan pula dinisbatkan kepada “Amerika” atau “Rusia” dan bukan juga dinisbatkan kepada “Para pemimpin musuh-musuh Islam” dan kami tidak memperbolehkan seorang muslim untuk menisbatkan dirinya kecuali kepada Islam dan kepada Nabi kita Muhammad .
Kami berbicara tentang hal ini bukanlah lantaran Ahli Sunnah dan Ahli Agama di “Dammaj” (tempat Syaikh Muqbil bermukim), karena sesungguhnya dakwah mereka (Segala Puji bagi Allah) diterima oleh penduduk Yaman, akan tetapi permasalahannya adalah propaganda ini telah melanda negeri Saudi Arabia, Mesir, Sudan, Syam. Iraq dan seluruh negeri-negeri Islam. Barangsiapa berpegang teguh kepada Agama, mereka akan mencapnya : “Itu adalah pengikut Wahabi”.
Dan aku katakan kepada saudara-saudara para da’i yang menyeru kepada Allah di seluruh negeri Islam : Hendaknya mereka bersungguh-sungguh menyingsingkan lengan (untuk berdakwah), dan hendaknya ikhlas mengharapkan wajah Allah (dalam berdakwah), bukan lantaran ingin mendapatkan kursi, kedudukan, dan bukan pula lantaran ingin mendapatkan kehidupan dunia, sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali jika amal itu didasari keikhlasan untuk mengharapkan wajah Allah, berdakwah kepada Allah lebih tinggi nilainya daripada kursi, kedudukan dan kehidupan dunia yang nilainya sedikit ini.
Kalian mempunyai Al Qur’an dan sunnah Rasulullah , sedangkan musuh-musuh kalian dari kalangan kaum komunis, pengikut partai ba’ats, pengikut pemahaman Pan Arab, Syi’ah, Sufiyyah, propaganda mereka dibangun diatas kedustaan, kebohongan serta pengkhianatan. Sedangkan para dai yang menyeru kepada Allah tidak ada yang menolong mereka melainkan Allah, dan cukuplah Allah sebagai penolong. Dan Allah berfirman dalam Al Qur’an untuk mengokohkan hamba-hamba-Nya yang beriman :
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (kafir) itupun (pada perang Badar) mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya sebagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim,” (Ali Imran : 139-140)
Dan Allah juga berfirman :
“Janganlah kamu lemah dan minta damai padahal kamulah yang di atas dan Allah (pun) beserta kamu dan Dia sekali-kali tidak akan mengurangi (pahala) amal-amalmu.” (Muhammad : 35)
Akan tetapi sepatutnya dakwah itu bukanlah dakwah pemberontakan dan penggulingan, karena dakwah seperti ini lebih banyak kerusakan daripada kebaikannya, dakwah itu adalah dengan mengajak kaum muslimin kembali kepada Al Qur’an dan sunah nabi mereka Muhammad Rasulullah .Maka kami memuji Allah yang membangkitkan penduduk Yaman khususnya, dan juga penduduk Najd Saudi Arabia dan Mesir, sungguh banyak diantara mereka menjadi orang-orang yang tidak terpengaruh dengan propaganda yang keji ini yang mana propaganda ini ditujukan kepada seorang ulama yang dipuji oleh ulama Islam. Syaikh Muhammad bin Ismail Al-Amir An-Shan’ani berkata tentang Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab :Telah datang kabar gembira (datangnya Syaikh Muhamad bin Abdul Wahab). Yang telah mengembalikan syariat Islam.
Beliau singkap kebodohan orang jahil dan mubtadi’ maka beliau sama denganku. Beliau bangun kembali tiang-tiang agama dan menghancurkan kuburan-kuburan keramat yang membuat manusia sesat. Mereka membuat kembali berhala-berhala seperti suwa’, yaghuts, wad dan ini sejelek-jeleknya. Dan mereka memohon kepada berhala-berhala itu dikala susah seperti seorang yang meminta Allah Yang Maha Esa. Berapa banyak orang yang towaf dikuburan sambil mencium dan mengusap dinding-dinding kuburan dengan tangan-tangan mereka.
Wajib bagi para da’i yang menyeru kepada Allah untuk tetap istiqomah diatas kebenaran. Kami telah mengatakan dalam beberapa pengajian maupun khutbah bahwasannya propaganda itu adalah kedustaan semata (menyandarkan diri kita kepada syaikh Muhammad bin Abdul Wahab ) sesungguhnya kami tidak ridha untuk dinisbatkan selain kepada Rasulullah yang memberi syafaat kami dan yang kami cintai, yang mana Allah mengeluarkan kami dengan perantaraan beliau dari kegelapan kepada cahaya. Propaganda-propaganda itu akan sirna (cepat atau lambat) sebagaimana Nabi Muhammad pernah dijuluki As-Shabi’ (artinya orang yang keluar dari agama nenek moyangnya dan berganti agama dengan agama lain).
Adapun kami tidaklah keluar dari agama dan berganti dengan agama lainnya, kami tidak mengkafirkan bapak-bapak kami, sebagaimana persangkaan mereka ! Dan kami tidak mengkafirkan para wali ataupun membenci ahlul bait (keluarga Nabi). Bahkan kami telah membahas tentang keutamaan-keutamaan keluarga Nabi dalam beberapa ceramah. Kami tidak membenci orang-orang shalih dan tidak mengkafirkan masyarakat muslimin, kami tidak memperbolehkan keluar dari ketaatan pemerintahan muslim, maka hendaknya orang yang menyaksikan hal ini menyampaikan kepada orang yang tidak tahu. Setelah ini propaganda itu akan lenyap dan akan menjadi sebab bagi tersebarnya sunnah Rasulullah.

Jika kamu mendengarkan seseorang berkata : “Itu pengikut Wahabi”, maka ketahuilah bahwa ia termasuk salah satu dari golongan dibawah ini :
-         Mungkin ia seorang yang melakukan perbuatan keji.
-         Atau mungkin seorang yang bodoh tidak mengetahui hakekat ini.
Tidak meridhai Nabi Muhammad diganti, kami tidak meridhai untuk menisbatkan diri kami kepada Syafi’i atau Zaidi atau kepada Wahabi atau selainnya. Mereka itu semua adalah para ulama yang agung, yang mana mereka menganggap telah berbuat jahat kepada orang yang menisbatkan diri mereka kepada para ulama itu.
Saya menasehatkan kepada saudara-saudara seagama untuk membaca kitab beliau (Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab ) yaitu “Kitabut Tauhid” niscaya kalian akan melihat ayat-ayat Al-Qur’an dan hadits-hadits Nabi. Kitab itu adalah kitab yang agung walaupun didalamnya ada sedikit hadits-hadits yang dha’if, namun tidaklah mengurangi kwalitasnya. Sungguh telah diterangkan dalam kitab “An-Nahju Asy-Syadidu” : “Janganlah kalian menjadi seperti bunglon dengan mengatakan jika manusia berbuat baik maka kami akan berbuat baik, dan jika mereka berbuat dhalim maka kami akan berbuat dhalim, akan tetapi tanamkanlah dalam jiwa-jiwa kalian jika manusia berbuat baik kalian akan berbuat baik, dan jika mereka berbuat jahat maka janganlah kalian berbuat jahat”.
memang wahabi itu bagus,tapi sebagaimana dalam sejarah bahwa munculnya wahabi tidak lepas dari campur tangan orang inggeris ato barat secara umum yang membenci ahlul bait (keluarga nabi)yg mendorong mereka membantu bani suud untuk merebut kekuasaan dari syarif-sarif haramaen waktu itu.sampai sekarang pun kebencian mereka itu tidak padam-padam,spt sikap mrk trhdp Iran.padahal terbukti orang Iran itu justru lebih mencintai Keluarga Nabi dan Lebih keras membela Islam ketimbang negara Saudi yang notabene wayang amerika.kita tau tidak semua aliran si’ah itu sesat.si’ah extrim juga hampir punah.

Wahabi memang tidak semua akidahnya jelek,namun yang disayangkan wahabi kerap menyalahkan bahkan cenderung mengkafirkan jamaah yang tidak sejalan dengannya. Seyogyanya Islam adalah lebih mementingkan ukhuwah ketimbang menganggap dirinya paling suci dan paling sunnah (red: paling mengikuti sunnah Rasul ). Kebencian jamaah diluar Wahabi terhadap Wahabi adalah bagai pantulan cahaya lampu menyentuh cermin dan mengenai pemegang lampu. Pemegang lampu lebih banyak terkena cahaya, baik langsung maupun cahaya pantulannya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar