Jumat, 15 April 2016

SEJARAH DAN KONSEP AHLI AS-SUNNAH-JAMA'AH



SEJARAH DAN KONSEP AHLI AS-SUNNAH-JAMA'AH

SEJARAH DAN KONSEP AHLI'S-SUNNAH WA'L-JAMA'AH

PENDAHULUAN TAKDIRNYA mazhab Ahli's-Sunnah Wal-Jama'ah merupakan mazhab yang paling dominan dalam sejarah ummat ini dan ianya merupakan mazhab yangorthodoks dalam pengertian yang asalnya yaitu mazhab yang benar, asal, tepat mengikut apa yang di kehendaki oleh ajaran dan amalan Islam itu sendiri. Walau pun di dalamnya terdapat beberapa pendirian yang mengambil kira peristiwa sejarah awal Islam - yang memang tidak boleh di elakkan - hakikat ajaran dan pendiriannya adalah hakikat yang telah ada dalam Islam semenjak awal; penzahirannya dalam sejarah kemudian dengan istilah-istilah itu adalah merupakan 'deployment' proses perkembangan kemudian yang semestinya berlaku sebagaimana berkembangnya pokok daripada biji benihnya dengan segala sifat-sifat yang telah ada padanya sejak awal lagi. Dalam nota ringkas ini in sha'Allah akan ditelitikan sedikit sebanyakperkembangannya dalam sejarah dan juga konsep-konsep asas yang terlibat dalamperkembangan ini untuk memperingatkan kembali segi-segi demikian iniberhubungan dengan identiti umat ini. Moga-moga ini mendatangkan faedahbersama dan bukan merupakan sesuatu untuk kepentingan ilmiah semata, walaubagaimana relevannya kepentingan ilmiah itu pada parasnya sendiri.Bab ISEBELUM dilihatkan kembali segi-segi sejarahnya, eloklah dimulakan perbincanganini dengan meneliti istilah Ahli's-Sunnah wa'I-Jama'ah itu sendiri dan punca-puncanya. Penggunaan istilah jama'ah Muslimin memang terdapat dalam hadith-hadith, terutamanya dua istilah iaitu 'jamaah' dan 'firqah' dengan pluralnya 'firaq'.Dalam Sunan Ibn Majah 1 riwayat dari Abu Hurairah radiya'Llahu 'anhu:Maksudnya:

'Orang-orang Yahudi telah berpecah menjadi tujuh puluh satu golonganatau puak(firqah) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan'.

 Dalam catitan nota kakinya oleh Muhammad Fu'ad 'Abdul Baqi dinyatakan bahawamereka yang dikatakan 'umatku' itu adalah umat ijabah, ahli Qiblat, dan perpecahanyang dimaksudkan itu adalah dalam bidang usul dan 'aqidah, bukan dimaksudkandalam bidang furu' dan 'amaliyat.Sebuah hadis lagi ialah diriwayatkan daripada 'Auf bin Malik bahawa bagindasalla'Llabu 'alaihi wa sallam bersabdaMaksudnya:

'Orang-orang Yahudi telah berpecah kepada tujuh puluh satu golongan(ihda wa sab'ina firqatan). Satu golongan daripada mereka itu dalam syurga dan yang tujuh puluhnya dalam neraka. Orang-orang Nasara pulaberpecah menj'adi tujuh puluh dua golongan, tujuh puluh satu golongan mereka dalam neraka, dan satugolongan dalam syurga. Demi Tuhan yang dirl Muhammad berada dalam tangankekuasaannya, benar-benar umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tigagolongan, satu golongan berada dalam syurga dan tujuh puluh dua dari merekadalam neraka' Baginda ditanya: Siapakah mereka (yang masuk syurga) itu?'. JawabBaginda 'Jama'ah'.

 Boleh dilihatkan bagaimana disebutkan golongan yang selamat itu adalah 'jama'ah'.Dalam catatan pentahkiknya dengan berdasarkan kepada az-Zawa'id 3 bahawaisnadnya terdiri daripada mereka yang dipercayai.

Dalam sebuah hadith lagi diriwayatkan daripada Anas bin Malik radiya'Llahu'anhubahawa baginda salla'Llahu 'alaihi wa sallam bersabda:Maksudnya:

'Sesungguhnya Bani Isra'il berpecah menjadi tujuh puluh satu golongan.Dan sesungguhnya umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh dua golongan(firqah), semuanya masuk neraka, melainkan satu golongan, iaitu al-Jama'ah'.

 Boleh diperhatikan bahawa yang disebutkan sebagai golongan selamat di sini ialah'al-Jama'ah'. Dan dari segi isnadnya, sebagaimana yang dicatitkan 5 isnadnya adalahsahih dan periwayat-periwayat di dalamnya oleh pentahkikadalah mereka yang kepercayaan (rijaluhu thiqat).Kepentingan berpegang kepada jama'ah Muslimin yang berada atas jalan yang hakitu disebutkan dalam sebuah hadith dari Hudbaifah bin al-Yaman radiya'Llahu 'anhu,katanya bahawa Nabi S.A.W. bersabda bila diminta baginda menyifatkan penyeru-penyeru kepada neraka jahannam pada akhir zaman, katanya, 'Mereka itu kaum daribangsa kita (jildatina) dan bercakap dengan bahasa kita'. Lalu Hudhaifah bertanya,'Apakah yang tuan hamba suruh bila hamba bertemu dengan keadaan itu?'. JawabBaginda: 'Hendaklah tuan hamba berpegang kepada jamaah Muslimin dan imammereka. Maka kalau tidak ada jamaah dan tidak ada imam mereka, hendaklahengkau tinggalkan golongan-golongan itu semua sekali, walaupun engkau terpaksaberpegang kepada pangkal pokok kayu dan engkau mati dalam keadaan demikianitu'.Hadith di atas jelas menunjukkan kepentingan berpegang kepada jamaah Muslimindan imam mereka.Hadith berkenaan dengan kepentingan berpegang kepada jamaah Muslimin danimam mereka terdapat juga dalam Sahih al-Bukhari 7 riwayat daripada Hudhaifah binal-Yaman; di dalamnya disebutkan oleh baginda S.A.W. penyeru-penyeru yangmenyeru manusia kepada neraka jahannam, dan Hudhaifah meminta arahandaripada baginda apa yang patut dilakukan dalam keadaan itu. Sabda Baginda:Maksudnya:

'Hendaklah engkau berpegang kepada jamaah Muslimin dan imammereka....... (dan bila tidak ada mereka itu) hendaklah engkau meninggalkan semuagolongan-golongan itu walaupun engkau terpaksa berpegang kepada pangkal pokok kayu dan engkau mati dalam keadaan demikian itu'.

 Dalam kitab al-Farq baina'l-Firaq, al-Khatib al-Baghdadi rahimahu'Llahu Ta'ala adamenyebutkan beberapa hadith berkenaan dengan perpecahan ummat dalam babawal kitabnya itu.Antara hadith-hadith itu ialah yang diriwayatkan daripada 'Abdullah bin 'Amruradiya'Llahu 'anhu Baginda diriwayatkan bersabda:Maksudnya:

'Benar-Benar akan berlaku atas umatku apa yang telah berlaku ke atasBani Isra'il. Bani Isra'il telah berpecah menj'adi tujuh puluh dua golongan (ithnatainwa sab'ina millatan) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan(thalathin wa sab'in millatan) meleblhi mereka itu satu golongan (millah). Semuamereka itu dalam neraka melainkan satu golongan (illa millatan wahidatan).

Mereka bertanya Baginda,

'Siapakah satu millah yang tidak masuk neraka itu?'. Jawab Baginda, '(Mereka itu adalah golongan yang mengikut) perjalanan hidupku dan para sahabatku (ma ana 'alaihi wa ashabi)'.

 Sebuah hadith lagi yang disebutkan dalam kitab al-Farq baina'l-Firaq ialah yangdiriwayatkan daripada Anas melalui Qatadah, bahawa Baginda S.A.W. bersabda:Maksudnya:

'Sesungguhnya Bani Isra'il berpecah kepada tujuh puluh satu golongan(firqah) dan sesungguhnya umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh dua golongan('ala thinatain wa sab'infirqatan), semuanya dalam neraka melainkan satu iaitu al- jama'ah'.

 'Abdul Qahir al-Baghdadi menyatakan bahawa hadith yang datang riwayatnyadaripada Nabi S.A.W berkenaan dengan perpecahan umat (iftiraq al-ummah) itubanyak isnad-isnadnya.9 Satujamaah daripada para sahabat meriwayatkan hadith itudaripada Nabi S.A.W. seperti Anas bin Malik, Abu Hurairah, Abu Darda', Jabir, AbuSa'id al-Khudri, Ubay bin'Ka'ab, 'Abdullah bin 'Amr bin al-'As, Abu Umamah danWathilah bin al-Asqa'dan yang lain daripada mereka itu.Beliau menyatakan lagi bahawa ada diriwayatkan daripada Khulafa' alRashidinradiya'Llahu 'anhum bahawa mereka itu ada menyebut perpecahan umat yang akanberlaku selepas mereka dan mereka menyebutkan ada satu golongan yang selamat,yang lain itu dalam kesesatan di dunia dan di akhirat mereka mengalami kebinasaan.Beliau menyatakan lagi bahawa Baginda S.A.W. menunjukkan kecelaan kaumQadariyah dan menyatakan bahawa mereka itu adalah golongan Majusi bagi umat iniSelain dari itu ada riwayat daripada Baginda S.A.W. yang menunjukkan kecelaankaum Murji'ah beserta dengan kaum Qadariyah itu; ada riwayat yang menunjukkankecelaan kaum Khawarij. Selain daripada riwayat daripada Baginda S.A.W. sendiri,ada riwayat daripada pemuka para Sahabat (a'lam as-sahabah) berkenaan dengankecelaan kaum Qadariyah,Murji'ah dan Khawarij.Pada fahaman 'Abdul Qahir al-Baghdadi 12 yang disebutkan sebagai golongan-golongan yang keji itu yang dikatakan ahli neraka itu merujuk kepada golongan-golongan dari kalangan para fuqaha' (firaq al-fuqaha') yang mempunyai pendirianyang berlainan dalam masalah-masalah cawangan fiqh beserta mereka itu bersetujudalam bidang usul agama. Beliau menyatakan pendirian atau kefahaman yangdemikian itu adalah berdasarkan kepada kaedah bahawa dalam perkara-perkara furu'tentang halal dan haram yang berlaku di dalamnya khilaf di kalangan 'ulama' Muslimada dua pendapat; satunya mereka yang menganggap benar semua pandanganmujtahidin yang dikeluarkan dalam masalah-masalah furu'fiqh. Pada pendapatmereka yang berpegang kepada kaedah ini golongan fiqh adalah benar. Keduanyamereka yang menganggap di dalam tiap-tiap masalah furu' ada satu golongan yangbenar, dan yang baki lagi itu tersilap, dan peri tersilapnya golongan yang baki lagi itutidak membawa kepada kesesatan.Seterusnya beliau menyatakan bahawa Baginda S.A.W. mendetailkan sebutantentang golongan-golongan tercela (firaq al-mudhmumah)sebagai golongan-golongan mengikut hawa nafsu yang sesat yang menyalahi golongan yang selamatitu dalam perkara-perkara: keadilan Tuhan dan tauhid, dalam al-Wa'd dan al-Wa'id,bab al-Qadr dan al-Istita'ah, atau dalam bab Taqdir baik dan buruknya, bab hidayahdan kesesatan, atau bab Iradah dan Mashi'ah (Kehendak dan Iradat Allah) atau babRu'yah atau Idrak (Melihat Tuhan dan mencapainya), atau bab-bab sifat-sifat Allah

dan nama-namanya, atau dalam satu bab daripada bab-bab ta'dil dan taj'wiz, atausatu bab daripada bab-bab nubuwwah dan syarat-syaratnya dan sebagainya,daripada bab-bab yang di dalamnya Ahli's-Sunnah Wa ' I-Jama'ah bersepakat. Yangtidak bersepakat dengan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah ialah golongan Ahlu'I-Ahwa'ad-Dallah, golongan pengikut hawa nafsu yang sesat, yang terdiri daripadaQadariyah,Khawarij, Rawafid, Najjariyah, Jahmiyah, Mujassimah dan Mushabbihah,dan mereka yang mengikuti pegangan yang sesat. Ringkasnya, mengikut beliaubahawa sahlah pentakwilan maksud hadith berkenaan dengan golongan-golonganyang sesat itu adalah golongan yang bukan termasuk di dalamnya mereka yangberikhtilaf dalam bidang furu' fiqhiyyah bahkan dalam bidang usulu'd-din.Hadith-hadith sebagaimana yang disebutkan di atas didapati dalam Sahih Tirmidhi,14 riwayat dari Abu Hurairah; diriwayatkan bahawa Baginda S.A.W. bersabda:Maksudnya:

'Sesungguhnya orang-orangyahudi telah berpecah menjadi tujuh puluh,satu golongan atau tujuh puluh dua golongan, dan orang-orang Kristian seperti itu juga, dan umatku akan berpecah menj adi tujuh puluh tiga golongan (firqah) '.Dinyatakan oleh Tirmidhi bahawa ini hadith hasan sahih.

 Sebuah lagi hadith diriwayatkan dalam Sahih Tirmidhi 15 dari riwayat 'Abdullah bin'Amr radiya'Llahu 'anhu bahawa Baginda S.A.W. bersabda:Maksudnya:

'Benar-benar akan berlaku ke atas umatku apa yang telah berlaku atasBani Isra'il seperti selipar dengan selipar, sehinggajikalau ada di kalangan merekaseseorang yang mendatangi emaknya sendiri (bersetubuh dengannya) denganterang-terangan, akan ada di kalangan ummatku seseorang yang melakukandemikian itu; dan sesungguhnya Bani Isra'il berpecah kepada tujuh puluh duagolongan (millah) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan(millah) semua mereka itu dalam neraka melainkan satu golongan (yang tidak masuk neraka). Para sahabat bertanya: (Siapakah mereka dalam) millah yang satu itu wahaiRasulullah? Kata Baginda '(Mereka itu adalah golongan yang mengikuti) perjalananhidupku dan para sahabatku'. Hadith gharib.

  Tentang hadith yang menganjurkan supaya sentiasa diikuti sunnah Baginda S.A.W.,maka kita teringat kepada hadith riwayat Tirmidhi, 16 riwayat daripada 'Irbad binSariyah katanya, bahawa pada suatu hari selepas sembahyang pagi (iaitu lepassubuh) Nabi S.A.W. menyampaikan pengajaran yang cukup maksudnya, maka dari itukeluarlah air mata orang ramai, dan hati mereka pun menjadi takut, maka (dalam halitu) berkatalah seorang lelaki 'Sesungguhnya nasihat adalah nasihat seperti nasihatmengucap selam ' at tinggal, apakah yang tuan hamba ingin mewasiatkan kepadakami wahai Rasulullah?' Lalu Baginda S.A.W. bersabda:Maksudnya:

'Aku berwasiat kepada kamu sekelian supaya bertaqwa kepada Allah,supaya mendengar dan taat, walaupun ia seorang hamba abdi bangsa Habsyi (yangdiangkat menjadi ketua kamu sekelian); maka sesungguhnya sesiapa dari kalangankamu yang hidup (bila sampai masanya) ia akan melihat berlaku perselisihan yangbanyak, dan bendaklah kamu berjaga-jaga daripada (mengadakan) perkara-perkarabaru (dalam urusan agama), maka sesungguhnya itu adalah kesesatan; makasesiapa di kalangan kamu yang mendapat perkara demikian itu hendaklah iamengikuti Sunnahku dan Sunnah para Khulafa' a]-Rasyidin yang mendapat hidayat daripada Allah, dan hendaklah kamu berpegang kepada Sunnah itu dengan gigi geraham kamu'

. Hadith hasan sahih.

 

 

yang menafikan demikian itu dari kalangan ahli falsafah dan golongan Batiniyah.Kemudian kenyataan ini disusuli dengan beberapa kenyataan tentang sesatnyagolongan ahli falsafah dan Mu'tazilah dalam hubungan dengan alam benda dankonsep alam.Mereka menganggap kafir Abul-Hudhail yang berpegang kepada pegangan bahawani'mat syurga dan azab neraka itu terputus dan mereka menganggap kafir golongan Jahmiyah yang berpendapat syurga dan neraka itu tidak kekal.Dasar yang ketiga ialah berkenaan dengan Tuhan yang menciptakan alam serta Sifat-SifatNya. Pada Ahli's-Sunnah, segala sesuatu yang baru itu mesti ada yangmenjadikannya dan mengadakannya dan mereka berpegang kepada peganganbahawa Tuhan yang menjadikan alam ini Dialah yang menjadikan jisim-jisim dan'arad-'arad. Mereka menganggap kafir Mu'ammar dan para pengikutnya darikalangan Qadariyah yang berpendapat bahawa Allah tidak menjadikan sesuatudaripada 'arad-'arad. la hanya menjadikan jisim-jisim.Antaranya disebutkan bahawa golongan Ahli's-Sunnah bersepakat bahawa Tubantidak dikandung oleh tempat dan tidak berlalu atasnya masa, khilaf golongan yangmengatakan Tuhan menyentuh'Arsy, dan'golongan Syihamiyah dan Karramiyah.Ahli's-Sunnah juga berijma' menafikan adanya kecederaan, kesedihan, kesakitan dankelazatan daripada Tuhan, serta gerak dan diam, khilaf pendapat golonganHisyamiyah dari golongan Rafidah yang menganggap harus ada gerak pada Tuhan.Antaranya yang dinyatakan bahawa Ahli's-Sunnah berijma' bahawa Allah Maha Kayatidak berkehendakkan kepada makhluknya, dan la Itidak mendapat manfaat daripadamenjadikan makhluknya itu dan juga la tidak menolak kemudaratan daripada DiriNyadengan menjadikan makhluknya itu. Inilah khilaf pegangan Majusi yang mendakwabahawa Allah menjadikan para malaikat bagi menolakkan kesakitan pada DiriNyayang datang daripada syaitan dan penolong-penolongnya.Ahli's-Sunnah juga berijma'Tuhan yang menjadikan alam itu tunggal, khilaf pendapatyang mengatakan Tuhan itu dua yang sedia kala, satunya cahaya, Nur dan satu lagiialah kegelapan Zulmah (Yazdan dan Ahriman di kalangan Majusi). Pegangan tentangkeesaan Tuhan ini berlawanan dengan pegangan golongan Ghulat di kalanganRafidah yang menyatakan bahawa Allah menyerahkan tadbiran alam kepada'Ali yangmerupakan Khaliq yang kedua.Dasar keempat , berkenaan dengan sifat-sifat yang ada pada Zat Allah, Ahli's Sunnahberpegang kepada pegangan bahawa sesungguhnya Ilmu Allah, QudratNya,HayatNya, IradatNya, Sama'Nya dan BasarNya, serta KalamNya adalah sifat-sifatnyayang azali serta abadi. Golongan Mu'tazilah menyatakan bahawa tidak ada Qudrat,Ilmu, Hayat bagi Allah Ta'ala dan la tidak dapat dilihat di Akhirat.Ahli's-Sunnah berijma'bahawa Qudrat Allah yang berlaku di atas segala yangditakdirkan itu semuanya sebagai satu qudrat yang dengannya ditakdirkan semuayang ditakdirkannya itu. Ini disusuli dengan kesesatan-kesesatan Mu'tazilah dalamhubungan dengan hal ini.Antaranya dinyatakan bahawa Ahli's-Sunnah berijma' bahawa Ilmu Allah adalah satuyang dengannya itu la mengetahui segala maklumat secara satu persatu. Satugolongan daripada Rafidah mengatakan bahawa Allah tidak mengetahui sesuatusebelum adanya dan Zurarah bin Kyun dan para pengikutnya di kalangan Rafidahmenyatakan bahawa Ilmu Allah, QudratNya, HayatNya, dan lain-lain sifat yang baru

 

bahawasanya ia tidak Hidup, Berkuasa dan Mengetahui melainkan sehingga lamenjadikan bagi DiriNya Hayat, Qudrat,Ilmu, Iradat, Sama', Basar.Golongan Ahli'-Sunnah berijma' bahawa Sifat Sama' dan Basar Tuhan meliputi segalayang didengar dan segala yang dilihat dan Tuhan sentiasalah melihat bagi DiriNyadan Mendengar bagi Kalam DiriNya. Ini diikuti dengan khilaf Mu'tazilah.Golongan Ahli's-Sunnah berijma' bahawa Allah boleh dilihat oleh orang-orang yangberiman di Akhirat. Ini adalah berlawanan dengan pendapat Qadariyah dan Jahmiyahyang menganggap bahawa mustahil Allah boleh dilihat di Akhirat.Antaranya dinyatakan bahawa Ahli's-Sunnah berijma' bahawa Iradat Allah adalahMasyi'ah atau KehendakNya; dan mereka ijma'kan bahawa KehendakNya lulus dalamapa yang dikehendakinya mengikut IlmuNya. Ini disusuli dengan golongan yangmenyalahinya, juga disusuli dengan kenyataan tentang sifat-sifat lain, seperti hayat,tanpa Roh, Sifat Kalam dan khilaf golongan yang berpendirian berlainan.Dasar yang kelima tentang nama-nama Allah yang diambil daripada Qur'an danSunnah yang sahih.Dasar keenam tentang keadilan Allah. Dinyatakan pendirian Ahli's-Sunnah, kemudiandiikuti dengan khilaf golongan yang b6rlainan pegangan daripadanya.Dasar ketujuh tentang nubuwwah dan ri salah, perbezaan antara nabi dan rasul;karamat, kedudukan para malaikat dengan para anbiya'disusuli dengan khilaf kaum-kaum yang menyalahi pegangan Ahli's-Sunnah.Dasar kelapan berkenaan dengan mu'jizat dan karamat; mu'jizat yang dihubungkandengan nubuwwah, karamat dihubungkan dengan aullya' diikuti dengan khilaf mereka yang menyalahi pegangan Ahli's-Sunnah.Dasar kesembilan berkenaan dengan rukun-rukun Islam daripada syahadahsampailah kepada rukun menunaikan haji. Diikuti dengan pegangan kaum-kaum yangberlawanan dengannya.Dasar kesepuluh berkenaan dengan suruhan dan tegahan dan hukum lima; wajib,mahzur, masnun, makruh, mubah. Diikuti dengan pegangan kaum yangmenyalahinya.Dasar kesebelas tentang fana'nya sekelian hamba Allah dan hukum terhadap merekadalam alam abadi, alam barzakh, Haud, Sirat, Mizan, Syafa'ah.Dasar kedua belas tentang khjlafah dan Imamah. Khllafah diwajibkan di atas umatbagi melakukan tugas-tugas tertentu. 'Aqd Imamah; disusull dengan khilaf kaum-kaum yang menyalahinya, kedudukan Khulafa' al-Rashidin mengi 'kut tertib khilafahmereka, disusuli dengan khilaf golongan yang berlainan pegangan daripadanya.Dasar ketiga belas berkenaan dengan iman, Islam, tasdiq dan ma'rlfat. Diikuti dengankhilaf pegangan-pegangan yang berlainan daripadanya.Dasar keempat belas berkenaan dengan auliya', imam-imam dan para malaikat,serta ajaran tentang ismah. Disusull dengan khilaf kaum-kaum yang berlainan fahamdaripadanya.

 

Dasar kelima belas, hukum tentang seteru-seteru Islam, satu mereka yang adasebelum zahir daulah Islam, dan kedua mereka yang zahir dalam daulah Islam.PENUTUPInilah antaranya apa yang boleh dipaparkan dalam hubungan dengan konsep Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah serta sedikit sebanyak perkembangan yang berlaku dalamsejarah perkembangannya. Walaupun dalam terbentuknya konsep yang akhimya itukelihatan termasuk ke dalamnya segi-segi sejarah ummat ini, hakikat ajaran danamalan Ahli's-Sunnah adalah merupakan hakikat yang telah ada pada zaman awalIslam lagi. Perkembangan kemudian itu adalah merupakan sesuatu sebagaideployment, sesuatu pernyataan dirinya pada masa kemudian, sebagaimana pokokadalah penyataan diri bagi hakikatnya yang ada dalam benihnya itu. Dalam konsepAhli's-Sunnah wal-Jama'ah inilah terletaknya neraca penerimaan atau penolakansegala sesuatu yang berhubungan dengan pegangan dan amalan keagamaan

 

 

 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar